Kesihatan, Prebiotik dan Probiotik.

Kebaikan Probiotik.

Sistem gastrousus ialah organ penghadaman dan pertahanan badan dengan keluasan permukaan yang terbesar bagi tubuh. Ia juga mengandungi mikroflora iaitu bakteria komensal dan merupakan sistem yang seimbang untuk menjaga sistem badan supaya sihat.

Mikroflora probiotik dalam usus adalah penting untuk kesihatan. Kumpulan mikroflora ini adalah benteng pertahanan pertama dari organisma yang masuk dari luar. Organisma penyebab penyakit biasanya membiak apabila koloni bakteria probiotik berkurang melalui tekanan/stress, penyakit, rawatan antibiotik, diet tidak seimbang atau perubahan fizikal dalam usus.

Antara kebaikan lain yang dikesan dari bakteria probiotik adalah:


  • Mengurangkan gejala alahan terhadap laktosa

  • Membantu metabolism asid bile

  • Meningkatkan dan memperbaiki sistem penghadaman

  • Meningkatkan penyerapan galian seperti kalsium, magnesium dan fosforus

  • Mensintesis short chain fatty acids

  • Probiotik berkeupayaan menghasilkan vitamin seperti vitamin C, vitamin K2 dan beberapa jenis vitamin B seperti B12 .

  • Melegakan gejala, memendekkan tempoh jangkitan cirit-birit dan cirit-birit yang disebabkan antibiotik pada orang dewasa dan kanak-kanak

  • Mengurangkan penghasilan bahan toksik dalam usus

  • Menguatkan sistem ketahanan badan

  • Menguatkan sistem imun bagi mencegah jangkitan dan alahan

  • Melindungin dinding usus supaya tidak bocor kepada bahan-bahan yang tidak sepatutnya masuk kedalam darah (leaky gut).

  • Kajian klinikal yang dijalankan mendapati bakteria probiotik berlainan spesies memberi menafaat yang berlainan kepada hostnya.

    Mikroflora usus yang seimbang mempunyai kesan positif ketara terhadap penghadaman. Ia membantu mengawal ketidak-hadaman dan senak perut selepas makan dan memberi kesan positif ke atas beberapa penyakit gastrousus seperti irritable bowel syndrome (IBS).

    Enzim laktase menukarkan laktosa (di dalam produk tenusu) kepada glukosa dan galaktosa yang boleh digunakan oleh tubuh manusia. Mereka yang menghidap alahan terhadap laktosa mempunyai tahap enzim laktase yang tidak mencukupi. Ini bermakna laktosa tidak boleh dihadamkan dan diserap, mengakibatkan cirit-birit, senak perut, kembung perut dan sakit dibahagian abdomen. Probiotik seperti Laktobasilus gasseri menghasilkan laktase, oleh itu ia dapat membantu meningkatkan tahap enzim yang rendah sekali gus mengurangkan gejala alahan ini.

    Bakteria Bifidobacteria anaerobic pleomorphic berbentuk rod (club shape) penting dalam memecahkan karbohidrat dalam makanan dan berinteraksi secara terus dalam proses metabolism host. Ia juga mensintesis dan mengeluarkan vitamin larut air bergantung kepada spesies dan strain bakteria. Bifidobacteria banyak didapati pada bayi menyusu badan tetapi tidak pada orang dewasa.

    Kajian kanak-kanak yang diberi tambahan Bifidobaterium breve mengurangkan bakteria Campylobacter jejuni dalam najis. Susu formula bayi yang dikayakan dengan B bifidum dan Streptococcus thermophilus mengurangkan insidence cirit birit.

    Probiotik Lactobacillus fermentum membantu usus besar sembuh dari keradangan (inflammation) dengan menambah paras glutathione dan mengurangkan pengeluaran mediator (TNFa dan NO) yang menyebabkan keradangan tersebut. Kesan positif yang lain juga dikesan seperti menghalang penghasilan bahan toksik (kesan sampingan daripada metabolisme badan atau dari bakteria jahat) juga telah dibuktikan.

    Microbiota dalam usus merubah imuniti dalam usus dan sistemik apabila mengeluarkan produk yang mempunyai kesan immunomodulatori seperti endotoxic lipopolysaccharide, peptidoglycans dan lipoteichoic acid. Bahan-bahan ini mempengaruhi sel usus, juga sel leukocytes dalam darah, B dan T lymphocyte dan sel sistem imun yang lain.

    Microbiota juga berinteraksi dengan sistem imun melalui pengeluaran cytokine, proliferasi sel mononuclear, macrophage, modulasi autoimmunity dan imuniti terus dari protozoa dan bakteria berpenyakit. 3 strain Bifidobacteria dalam satu kajian didapati merangsang penghasilan IgA (Imunoglobulin A) apabila didedahkan kepada toxin kolera.

    Kebaikan bakteria probiotik telah juga dibuktikan dalam bakterial vaginosis, jangkitan salur kencing, jangkitan salur pernafasan, masalah gigi berlubang, necrotizing enterocolitis dan keradangan usus. Kajian juga mendapati ia menambah kesihatan kepada kanak-kanak sihat atau yang sakit akibat kurang zat makanan.

    Pengambilan produk yang mengandungi probiotik sekurang-kurangnya tiga bulan dibuktikan mampu memendekkan tempoh jangkitan dan mengurangkan gejala selsema yang biasanya membuatkan ramai individu terpaksa mengambil cuti sakit, terutama penduduk negara musim sejuk.

    Pengambilan probiotik juga boleh memulihkan keseimbangan mikroflora, yang menjadi tidak seimbang akibat sesetengah ubat seperti antibiotik yang membunuh semua jenis bakteria termasuk bakteria baik.



    Antara keputusan kajian yang pernah dilakukan keatas spesies bakteria probiotik adalah seperti dibawah.


    BAKTERIA PROBIOTIK

    KAJIAN YANG DIBUAT

    Kebanyakan spesies bakteria probiotik

    Bifidobacterium infantis,
    Bifidobacterium animalis,
    Lactobacillus plantarum


    Irritable bowel syndrome

    Jangkitan Helicobactor pylori (gastrik)

    Lactobacillus johnsonii La1
    (= Lactobacillus LC1,
    Lactobacillus johnsonii NCC533)

    Jangkitan Helicobactor pylori (gastrik)

    Bacillus coagulans GBI-30, 6086

    Irritable bowel syndrome

    Meningkatkan respon imune

    Lactobacillus Fermentum RC-14 + Lactobacillus Rhamnosus GR-1

    Lactobacillus Plantarum, Lactobacillus reuteri RC-14

    Candida vaginitis, Bacterial vaginosis

    Lactobacillus Plantarum,
    S.boulardii,
    Lactobacillus acidophilus,
    Bifidobacterium bulgaricus,
    Lactobacillus rhamnosus,
    Lactobacillus casei DN-114001

    Cirit birit -dewasa - antibiotic associated

    S.boulardii,Lactobacillus casei,
    Strep.thermophilus,
    Lactobacillus acidophilus,
    Bifidobacterium bulgaricus

    Cirit birit -dewasa

    Lactobacillus boulardii

    Cirit birit -HIV associated

    Lactobacillus Plantarum,
    Saccharomyces boulardii,
    Lactobacillus casei DN-114001

    Lactobacillus acidophilus +
    Bifidobacterium

    Cirit birit- Clostridium difficile associated

    Lactobacillus acidophilus,
    Bifidobacterium infantis

    Necrotizing enterocolitis (Radang usus)

    Bifidobacterium lactis BB-12,
    Lactobacillus reuteri SD 2222, others

    Cirit birit - rotavirus

    Lactobacillus Plantarum 299 V,

    Liver failure

    Lactobacillus Plantarum 299 V,

    Intensive care unit - dewasa

    Lactobacillus Plantarum 299 V,

    Liver transplant - penerima

    Lactobacillus Johnsonii LA1, VSL#3

    Crohn's disease

    Lactobacillus casei shirota

    Critically ill children

    Lactobacillus delbrueckii subsp. bulgaricus

    Kanser kolon/usus

    Kajian am.

    Reduce Cholesterol

    Lactobacillus rhamnosus JB-1

    Mengurangkan stress anxiety

    Bifidobacterium infantis 35624

    Sembelit

    Lactobacillus reuteri American Type Culture Collection|ATTC 55730
    (Lactobacillus reuteri SD2112)

    Preliminary evidence for diarrhea mitigation in children, H. pylori infection, possible effect on gingivitis, fever in children and number of sick days in adults.

    Lactobacillus acidophilus CL1285 &
    Lactobacillus casei LBC80R

    May affect digestive health

    In vitro inhibition of Listeria monocytogenes and L. innocua, Escherichia coli, Staphylococcus aureus, Enterococcus faecalis and Enterococcus faecium

    Reduction of symptoms of lactose intolerance and immune stimulation.

    Lactobacillus plantarum HEAL 9 &
    Lactobacillus paracasei 8700:2

    Is under study for common cold infections.

    B breve

    Mengurangkan jangkitan Campylobacter jejuni .

    B bifidum and Streptococcus thermophilus

    Mengurangkan cirit-birit pada kanak-kanak hospital.

    Lactobacillus GG

    Secrete antimicrobial product and eradicated Clostridium difficile in patients with relapsing colitis

    S thermophilus,
    L bulgaricus,
    L acidophilus, and
    B bifidum

    Supplementation reduce indence of travellers diarrhea.

    Probiotik kajian am

    Anti-mutagenic dengan menyerap mutagen didalam usus. Menyerap carcinogen seperti N-nitrosamine.

    Bifidobacteria

    Merangsang aktivasi phagocytes yang memusnahkan sel barah (tumour). Menghalang sel barah hati dan mammary (ujian keatas tikus).

    L acidophilus,
    B bifidum

    Mengurangkan inflammasi dalam usus.

    Lactobacillus GG

    Mengurangkan alahan susu lembu dan ezema pada kanak-kanak.

    Lactobacillus fermentum

    Menghasilkan glutathione dan mengurangkan radang dalam usus