Banyak kajian ke atas pesakit buah pinggang dibuat dan didapati dengan pengambilan Gum Arabic terdapat kesan penurunan paras urea, kreatinine dan phosphate.
Kajian keatas 36 pesakit buah pinggang yang menjalani dialisis di Faculty of Medicine, Department o-f Biochemistry and Nutrition, University of Gezira, Wad Medani, Sudan (2008Jan-http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/17999333) mendapati penurunan paras urea antara 31-44p, penurunan creatinine 9-12p, penurunan uric acid 14-19p dan penurunan posphorus 17-22p selepas pengambilan 50gm sehari Gum Arabic selama 3 bulan.
Menambah fiber mudah larut Gum Arabic kepada diet harian akan merangsang perkembangan bacteria probiotik di dalam usus. Bacteria akan merangsang perkumuhan bahan buangan nitrogen yang banyak dari hasil kegagalan buah pinggang. University of Pennsylvania School of Nursing, Philadelphia, USA (1996Mar-http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/8602598) melakukan kajian keatas 16 pesakit buah pinggang dan mendapati selepas pemberian 50gm Gum Arabic sehari jumlah bakteria dan paras nitrogen dalam najis bertambah dan paras serum urea turun dengan ketara.
Pada tahun 2001 Department of Pediatrics, University Hospital in Al Kadhimiyia, Baghdad, Iraq (Clin Exp Nephrol. 2009 Oct;13(5)-http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/19479191) melakukan kajian keatas 6 orang yang mengidap penyakit buah pinggang yang memerlukan dialisis. Tiga orang diberi Gum Arabic bersama rawatan konservatif. Seorang hanya mengambil Gum Arabic selama 10 hari dan mati selepas 6 bulan menjalani dialisis.
2 orang yang menggunakan Gum Arabic selama setahun kurang memerlukan dan berhenti dialisis kerana paras kreatinine dan urea stabil dan sihat untuk melakukan aktiviti harian. Seorang dari 2 orang pesakit buah pinggang ini berhenti Gum Arabic selepas setahun dan mati kurang sebulan walaupun dirawat dengan dialisis. Seorang lagi terus menggunakan Gum Arabic dan tidak perlu menjalani dialisis dan dapat hidup selama 6 tahun tempoh kajian dibuat. Tiga lagi pesakit yang tidak mendapat Gum Arabic mati kurang dari 6 bulan walaupun menjalani dialisis.
Kajian Gum Arabic juga dilakukan dalam makmal keatas tikus. Gum Arabic melindungi buah pinggang tikus dari kerosakan akibat Gentamycin
(http://www.sciencedirect.com/science/article/pii/
S1043661802001251).
Gum Arabic mengurangkan tekanan darah dan proteinuria pada tikus mengidap diabetes (http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/22473073).
Pengeluaran (cleareance) kreatinine dan perubahan pada galian (electrolyte) yang baik untuk buah pinggang rosak didapati pada tikus yang diberi Gum Arabic (http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/18267216).
Definasi penyakit kegagalan fungsi buah pinggang (chronic renal failure) adalah pengurangan teruk lapisan penapis (nephron mass) buah pinggang untuk tempoh yang panjang yang menyebabkan kenaikan paras bahan toxin urea (uraemia) dalam darah.
Antara tanda - tanda awal penyakit buah pinggang adalah
loya,
muntah,
tiada selera makan,
tidak bertenaga dan
keletihan,
yang mungkin terhasil akibat kehadiran unsur ammonia di sistem gastro usus atas (upper GIT). Pesakit kelihatan pucat dengan pigmentasi kulit cokelat muda.
Tanda - tanda lain penyakit adalah seperti
kencing banyak,
kencing malam,
sakit urat,
sakit dada,
gatal kulit,
sesak nafas,
sembab muka dan
kaki terutama pada waktu pagi
Ujian perlu dilakukan untuk mengesahkan penyakit buah pinggang. Air kencing akan menunjukkan kehadiran protein dan darah. Ujian darah akan terdapat kenaikan paras urea dan kreatinine dan paras galian darah seperti kalsium, potassium, chloride, bikarbonate dan phospate menjadi tidak seimbang.
Antara punca penyakit kegagalan buah pinggang adalah
Penyakit kencing manis adalah penyebab utama.
Penyakit darah tinggi
Gout
Ubatan terutamanya anti-inflammatory bukan steroid(NSAID) dan analgesia.
Glomerulonephhritis kronic
Polycystic kidney
Keadaan yang menghalang laluan bahan buangan buah pinggang dan air kencing seperti batu karang dan prostate hypertrophy.
Penyakit kronic lain seperti lupus dan amyloidosis.
Pengesanan awal penyakit buah pinggang dan rujukan kepada doktor pakar adalah penting supaya rawatan dan kawalan penyakit dapat dilakukan dengan segera.
Rawatan optimum penyakit buah pinggang dilakukan bila
Temujanji dengan klinik dan doktor pakar ditepati
Tekanan darah dikawal baik
Rawatan penyakit darah tinggi dan kencing manis berterusan
Paras elektrolyte dan galian darah seimbang
Paras lemak kolesterol terkawal
Rawatan awal penyakit lain seperti jangkitan kuman/deman
Penggunaan ubatan yang tidak menggangu fungsi buah pinggang
Mengikut diet rendah protein dan garam dengan baik
Mengawal dan rawatan awal komplikasi seperti anaemia, kurang air dan mineral dalam badan
Banyakkan senaman, kawal berat badan dan berhenti merokok
Rawatan dialisis dilakukan apabila semua ikhtiar rawatan telah dilakukan dan buah pinggang masih tidak dapat berfungsi. Kecuali jika pesakit mendapat buah pinggang yang baru, dialis terpaksa dibuat seumur hidup.