Kesihatan, Prebiotik dan Probiotik.

Bagaimana Menjaga Kesihatan Usus.

Keseimbangan mikroorganisma dalam usus mempengaruhi kesihatan tubuh badan. Usus yang sihat penting untuk fizikal dan mental sihat, imuniti yang kuat dan banyak lagi kebaikan.

Mikrobiome atau flora dalam usus terdiri dari bakteria, virus dan yis. Ada yang penting kepada manusia, dinamakan probiotik, tetapi ada juga yang menyebabkan penyakit terutamanya jika membiak terlalu banyak.

Apa yang perlu anda usahakan untuk sistem usus yang sihat.

1. Mengambil Probiotik.

Jumlah bakteria dalam usus boleh berkurang akibat stress, penggunaan antibiotik dan masalah pada usus seperti cirit-birit atau lain-lain sebab.

Amalkan pengambilan suplement probiotik dari masa ke semasa. Ia boleh menambah bakteria terutama dari species yang bermenafaat.

Makanan yang diperam atau dijeruk mengandungi probiotik secara semulajadi.

Contoh seperti

2. Mengambil Prebiotik.

Probiotik memakan kanji/fiber tidak larut untuk hidup. Bahan makanan yang mengalakkan pertumbuhan bakteria bermenafaat dipanggil prebiotik.

Antara makan yang kaya dengan prebiotik adalah seperti;

3. Kurangkan pengambilan gula dan pemanis tiruan.

Gula dan pemanis tiruan seperti asparteme menyebabkan ketidak imbangan bakteria dalam usus (dysbiosis). Kajian menunjukkan pengambilan gula berlebihan akan menambah risiko penyakit metabolik.

4. Elakkan Stress/Tekanan.

Stress pada tubuh badan yang terhasil dari

boleh mengganggu pertumbuhan dan keseimbangan mikrobiome dalam usus.

5. Jangan kerap mengambil antibiotik.

Antibiotik boleh membunuh mikrobiome dalam usus. Kajian sehingga 6 bulan selepas pengambilan antibiotik menunjukkan beberapa spesis bakteria yang bermanafaat masih tidak didapati didalam usus.

6. Sentiasa mengamalkan senaman.

Kajian menunjukkan ahli sukan mempunyai lebih banyak dan lebih kepelbagaian mikrobiome dalam usus. Ini mungkin juga kerana ahli sukan lebih sihat dan makan lebih makanan berzat.

Amalkan paling kurang 150 minit senaman dengan intensiti sederhana dalam seminggu.

7. Tidur yang cukup.

Tidur antara 6-7 jam setiap malam akan memberi otak yang cerdas, mood yang baik dan usus yang sihat. Cuba amalkan waktu tidur dan bangun pada waktu yang sama setiap hari.

8. Tidak merokok.

Kajian ada menunjukkan merokok mengurangkan mikroorganisma baik dan menambah mikroorganisma penyakit didalam usus. Merokok juga menambah risiko penyakit radang usus.

9. Makan lebih sayur dan buah.

Sayuran dan buahan baik untuk mikrobiome usus kerana kandungan fiber dan bahan prebiotiknya. Fiber yang banyak dalam diet akan juga membantu pergerakan makanan dalam usus lebih lancar dan secara langsung membantu mengawal berat badan.