Kesihatan, Prebiotik dan Probiotik.

Kebaikan Prebiotik.

Kesan baik Prebiotik disahkan dari kajian saintifik.

Banyak kajian keatas sampel najis dan microbiota yang ada pada dinding usus manusia mengesahkan terdapat makanan/bahan/supplement boleh menukar komposisi bakteria dalam usus kepada pertambahan bakteria baik (Probiotik) terutamanya Bifidobacteria, Lactobacillus dan mengurangkan bakteria penyakit seperti Clostridia dan Salmonella.

Kesan makananan/bahan/supplement yang kaya dengan kandungan Prebiotik didalam proses metabolic, kawalan(regulatory) dan "signalling" microbiota dalam usus masih dalam kajian berterusan.

Hasil kajian dari penggunaan bahan-bahan kaya prebiotik ada menunjukkan modulasi biomarker sistem imun host dan peningkatan dalam sistem imun ini dikaitkan kepada komposisi microbiota probiotik didalam usus.

Bayi yang diberi susu ibu menunjukkan kesan kepada komposisi microbiota (terutama Bifidobacteria) telah disahkan dari kajian dan memang diketahui susu ibu mengandungi campuran oligosaccharides yang bertindak sebagai prebiotik semulajadi.

Kajian keatas orang dewasa yang diberi prebiotik juga menunjukkan pertambahan jumlah Bifidobacteria didalam najis dan usus. Peningkatan kualiti najis yang dikeluarkan, pengurangan masalah gastroenteritis, peningkatan tahap kesihatan, pengurangan ezema ektopik dikaitkan secara langsung kepada peningkatan bakteria probiotik hasil pengambilan produk atau makanan kaya prebiotik.

Ketidak seimbangan komposisi bakteria (probiotik dan patologik) dikenal sebagai salah satu sebab irritable bowel syndrome(IBS). Kajian pengambilan prebiotik keatas pesakit bermasalah IBS mendapati pengurangan tanda penyakit dan peningkatan tahap kesihatan yang lebih baik.

Kajian kesan pengambilan prebiotik keatas insiden kanser usus mendapati ada pengurangan yang dikaitkan juga kepada pertambahan komposisi bakteria probiotik terutamananya Bifidobacteria.

Pengambilan produk prebiotik terutama oleh remaja dan juga wanita putus haid mendapati terdapat penambahan resapan kalsium dalam usus dan penggunaan kalsium pada tulang walaupun jika tiada perubahan yang dikaitkan kepada komposisi microbiota dalam usus. Resapan mineral seperti Magnesium dan zat besi(Fe) bertambah efisen.

Kesan baik kepada penggunaan tenaga(energy homeostasis), kawalan selera makan (satiety regulation) dan berat badan juga dilihat pada sampel kajian yang menggunakan produk prebiotik. Hipotesis kajian menunjukkan ada kaitan kegemukan dan penyakit kencing manis (type 2) dengan komposisi mikrobiota dalam usus. Pengambilan prebiotik menambahkan peningkatan keupayaan resapan nutrisi melalui usus dan pengurangan endotoxemia juga telah dilihat.

Kesan prebiotik dari makanan kaya prebiotik atau supplement prebiotik yang berlainan memberi kesan berlainan keatas komposisi microflora dalam usus dan kesan kesihatan berlainan antara satu bakteria kebakteria yang lain. Maka kesan pengambilan supplement Gum Arabic, Inulin, galactooligosaccharide (GOS) atau fructo oligosaccharide (FOS) tidak sama.

Dengan bertambahnya kajian keatas prebiotik dan produk kaya prebiotik, lebih terbuktilah kebaikan pengambilan produk yang kaya dengan nutrisi ini kepada kesihatan melalui peningkatan fungsi sistem dalam tubuh dan mengurangkan risiko penyakit.

Kebaikan prebiotik ini bukan terhad hanya kepada kesihatan dalam usus dan kesihatan mikroflora dalam usus (localised) tetapi melibatkan juga fisiology sistem yang luar dari usus secara menyeluruh.