Kesihatan, Prebiotik dan Probiotik.

Prebiotik.

Banyak kajian saintifik telah dijalankan dan menunjukkan ada jenis-jenis makanan mempunyai kandungan bahan yang boleh mempengaruhi pertumbuhan dan komposisi bakteria dalam usus. Bahan dalam makanan ini dipanggil dengan nama Prebiotik.

Definasi sebenar Prebiotik adalah nutrient dalam makanan yang tidak dihadam atau diserap, yang berguna kepada tubuh badan apabila secara selektif merangsang pertubuhan dan/atau aktiviti satu atau lebih bakteria 'baik' (beneficial bacteria) dalam usus untuk meningkatkan kesihatan host tersebut.

Secara mudah Prebiotik adalah baja kepada bakteria dalam usus.

Penggunaan nutrisi oleh mikroflora atau bakteria dalam sistem gastro usus diketahui berbeza antara satu strain dengan yang lain dan nutrisi Prebiotik merangsang bakteria Probiotik secara lebih efektif.

Susu ibu adalah contoh nutrisi paling awal yang mengandungi prebiotik (10%). Oligosaccharides termasuk galacto oligosaccharides dalam susu ibu merangsang pertumbuhan bakteria probiotik Lactobacillus dan Bifidobacteria.

Pengambilan makanan harian yang banyak dari bijirin proses dan kurangnya pengambilan buah dan sayuran menyebabkan pertumbuhan bakteria Probiotik terbantut dan keadaan ini secara langsung memudaratkan kesihatan hostnya.





Fiber dalam diet harian boleh dibahagi kepada fiber larut dan fiber tidak larut.

Fiber tidak larut tidak dihadam dalam perut dan usus kecil dan tidak digunakan oleh bakteria dalam usus besar dan menjadi serat keluar melalui najis. Fiber mudah larut juga tidak dihadam dalam perut dan usus tetapi diperam dan digunakan secara selektif oleh bakteria diusus besar.

Tidak semua jenis fiber mudah larut digunakan oleh bakteria. Fiber mudah larut yang digunakan sepenuhnya oleh bakteria probiotik dipanggil fiber prebiotik.

Makanan yang kaya dengan kandungan prebiotik telah digunakan dalam banyak kajian klinikal keatas manusia dan ia menunjukkan peningkatan dalam aktiviti kesihatan keatas mereka..

Antara penyakit yang dikaji mendapat faedah dari makanan kaya prebiotik adalah kanser (terutama kanser usus), kegemukan, kencing manis, kerosakan buah pinggang, keletihan, radang usus, masalah resapan kalsium terutama kepada perempuan, kurang imuniti dan alahan yang berlebihan.

Kebanyakan prebiotik yang dikaji terdiri dari kumpulan karbohidrat tidak hadam seperti Inulin, Galacto Oligosaccharide (GOS) dan Fructo Oligosaccharides (FOS). Prebiotik dari karbohidrat kompleks ini tidak dihadam oleh proses penghadaman dalam perut dan usus kecil manusia dan ia sampai ke usus besar tanpa ada perubahan.

Makanan kaya prebiotik adalah seperti gandum, oats, barley, kacang soya, Jerusalem artichokes yang kebanyakannya mengandungi inulin. Buah-buahan seperti pisang, apple, blackberries, strawberries, cranberries dan raisins juga mengandungi Prebiotik.

Kebanyakan Inulin dalam produk supplement diproses dari akar Chicory.

Prebiotik fructo-oligosaccharides (FOS) adalah prebiotic yang di extrak dari buahan, bijirin, sayuran seperti asparagus, kangkong, bawang puteh, bawang merah, tomato, burdock dan chicory root.

Produk supplement yang mengandungi Prebiotik jenis galacto oligosaccharides (GOS) dihasilkan dari lactose yang diproses dengan enzim tertentu.

Karbohidrat tidak hadam ini diperam dalam usus dan memberi nutrisi dan secara langsung menambah perkembangan dan bilangan bakteria probiotik dalam usus terutamanya Bifidobakteria dan Lactobacilli yang memberi kebaikan pada tubuh badan hostnya.

Satu kumpulan prebiotik fiber mudah larut dan tidak dihadam didapati secara semulajadi dengan banyaknya (85% dari kandungan) terdapat pada Gum Arabic. Kajian yang dibuat menunjukkan kesan prebiotik fiber mudah larut dalam Gum Arabic ini sangat baik.

Bahan Dengan Prebiotik

Jumlah Prebiotik (%)

Gum arabic

85

Chicory root

65

Jerusalem artichoke

32

Dandelion

24

Bawang putih

18

Bawang merah

9

Asparagus

5

Pisang

1