Kesihatan, Prebiotik dan Probiotik.

Khasiat Gum Arabic.

Banyak kajian saintifik keatas Gum Arabic mendapati ia sangat berkesan digunakan sebagai Prebiotik.

Satu kajian yang diterbitkan oleh Br.Jour.Nutrition 2008-March, membandingkan keupayaan Gum Arabic dengan Inulin sebagai Prebiotik. Kajian klinikal keatas manusia yang diberi Gum Arabic 10gm sehari dan Inulin 10gm selama 4 minggu menunjukkan pertambahan bakteria Bifidobacteria dan Lactobacilli termasuk Bacteroides didalam kumuhan najis lebih tinggi pada sample Gum Arabic berbanding Inulin. Ini bermakna Gum Arabic adalah Prebiotik semulajadi yang terbaik dan paling mudah untuk Probiotik berkembang. Ia juga tidak merangsang bakteria bukan Probiotik.




Antara kajian yang menunjukkan kebaikan Gum Arabic :

Kesan penurunan tekanan darah pada pesakit darah tinggi.

Mengurangkan penghasilan radical oksigen bebas (free oxygen radical).

Meningkatkan paras butyrate dalam serum darah.

Memperbaiki tindakbalas sistem imun tubuh melalui rangsangan kepada sel dendritic didalam lumen usus dan penghasilan cytokine.

Membantu serapan mineral seperti zink, sodium dan calcium.

Menghalang pertumbuhan sel kanser usus dan keradangan (inflammation) usus melalui modifikasi angiogenetic factors .

Mengurangkan paras urea dan menambah nitrogen dalam najis pada pesakit rosak buah pinggang.

Kesan penyembuhan kepada pesakit buah pinggang teruk (chronic and end stage kidney disease).

Kajian klinikal keatas pesakit paediatrik end stage renal failure menunjukkan pesakit dapat mengurangkan kekerapan dialisis dan menjalani kehidupan lebih baik(Paediatric Nephrology 2004).

Kajian keatas haiwan menunjukkan penambahan creatinine cleareance dan perubahan electrolyte excreation yang mempunyai kesan baik (favourable) keatas masalah buah pinggang (renal insufficiency) (Tubingen Univer. Germany).

Satu kajian (Cardiff University) keatas pesakit pesakit buah pinggang dan kencing manis yang diberi 25gm Gum Arabic selama 8-12 minggu mendapati ada kesan penurunan dalam tekanan darah. Kajian lain di University yang sama kepada pengidap kencing manis menunjukkan improvement dalam tekanan darah yang seterusnya memberi kesan yang positif keatas penyakit buah pinggang (progression of renal dis.).

Kajian lain pula (Hyderabad India) mendapati penggunaan 20gm Gum Arabic pengurangan paras gula dalam darah.

Kajian keatas tikus (Sultan Qaboos University) menjukkan ada kesan keatas imbangan elektrolit, vitamin D dan alahan kepada manusia.

Gum Arabic adalah demulcent and melegakan radang membran mukus dan digunakan terutamanya dalam ubatan untuk batuk dan masaalah gastrousus. Gum Arabic didalam produk mengurangkan keradangan (inflammation) dalam saluran pernafasan, saluran gastrousus dan sistem urinary dan baik untuk batuk, selsema, sakit mata, cirit birit.