Kesihatan, Prebiotik dan Probiotik.

Gum Arabic





Gum Arabic adalah composite polysaccharide dietary fiber rendah kalori semulajadi dari damar/getah pokok Acacia senegal dan Acacia seyal.

Sudan adalah pengeluar utama gum arabic kerana tanahnya sesuai untuk penghasilan kualiti terbaik. Kandungan gum arabic terdiri dari garam asidic arabinogalactan protein complex yang selepas hidrolisis menghasilkan galactose arabinose, rhamanose, glucuronic asid dan 4-methoxy glucuronic acid.

Tidak mempunyai rasa yang kuat, larut dalam air (kadar larut 95%.) kepada warna jernih (kualiti terbaik) atau warna pucat (straw colour-kualiti sederhana). Hanya Gum Arabic boleh larut dalam air sejuk. Gum dari jenis lain biasanya tidak larut atau larut kepada suspensi koloidal ( Colloidal suspension). Apabila ia larut Gum Arabic tidak pekat dan ia mempunyai kandungan fiber larut yang tinggi





Gum Arabic mempunyai kadar peraman (fermentable) 100%. Gum Arabic adalah emulsifier semulajadi yang terbaik digunakan untuk memegang bahan-bahan yang biasanya tidak dapat bercampur bersama seperti air dengan minyak. Ia digunakan dalam produk makanan supplement, minuman, produk pelangsingan. Gum Arabic menjadi bahan penting dalam bahan makanan, pharmaceutikal dan industri. Tiada bahan emulsifier yang sebaik Gum Arabic.

Sumber Gum Arabic

Gum Arabic atau gum akasia adalah damar/getah dari batang dan dahan pokok Acacia senegal. Sudan pengeluar utama Gum Arabic, yang juga dipanggil dengan nama Hashab. Sudan membekalkan 85% dari bekalan dunia Gum Arabic dan 90% darinya adalah berkualiti tinggi.





Damar pokok Acacia diperolehi secara semulajadi apabila kulit pokok merekah dimusim panas atau dari lubang kumbang pada batang pokok atau apabila dipotong/ditoreh secara manual. Pokok Acacia ini mengeluarkan damar untuk melindungi luka pada batang dan dahannya. Lebih banyak kesan luka lebih banyak damar dikeluarkan. Prosesnya mendapatkan damar adalah sukar kerana pengutipnya selalu luka terkena duri pokok akasia ini.

Kebaikan Gum Arabic

Gum Arabic sangat berkhasiat. Penghuni padang pasir banyak memakannya untuk menjadi lebih bertenaga. Pengambilan 170gm(6oz) cukup untuk memberi tenaga seorang dewasa selama 24 jam.

Digunakan sejak zaman Firaun dimana sebahagian bahan penting dalam proses "mumification". Bancuhan Gum Arabic dalam air banyak diberi pada pesakit sewaktu rawatan.

Damar pokok Acacia ini juga digunakan untuk merawat sakit gigi dan gusi. Gum Arabic digunakan untuk menghalang jangkitan bacteria dalam gusi/gigi dan menghalang karang gigi(plaque deposition). Mengunyah Gum Arabic selama 7 hari mengurangkan karang gigi dan gusi. Ia juga menghalang pertumbuhan bakteria pada gusi.

Kelebihan yang unik pada Gum Arabic menjadikan ia berguna dalam penghasilan makanan, ubatan dan industri.

Gum Arabic adalah tergolong dalam kumpulan fiber mudah larut. 3 sudu teh Gum Arabic mengandungi lebih fiber mudah larut dari 10 mangkuk oatmeal, 13 lobak merah, 15 biji apel, 44 biji prune kering.

Fiber mudah larut (prebiotik) tidak dihadamkan dalam perut dan bergerak terus ke usus, diperam (fermented) dan digunakan oleh bakteria (probiotik) menghasilkan rantaian pendek asid lemak (short chain fatty acids) dan bahan-bahan yang lain yang berguna kepada host.

Kesan Sampingan Gum Arabic

Gum Arabic biasa diambil antara 1-4 sudu teh sehari. Gum Arabic tiada kesan sistemik apabila dimakan. Kajian keatas haiwan (Amerika Syarikat-2007) yang diberi Gum Arabic tidak menunjukkan apa-apa kesan toksik jangka panjang.

Kesan sampingan Gum Arabic yang mungkin ada pada sesetengah orang adalah alahan, gatal, masalah pernafasan dan ruam kulit.



Pokok Acacia senegal





Pokok Acacia senegal adalah pokok rendah berdaun halus tumbuh 2-6meter, berduri sepanjang 0.5cm, berbunga wangi dan hidup di tanah pasir gurun. Pokok Acacia senegal tumbuh kebanyakannya di Sudan selain dari Senegal, Chad, Nigeria hingga ke Somalia.

Kualiti Gum Arabic terbaik hanya terdapat dari Sudan.

Kulit pokok, daun dan getah damar digunakan untuk merawat pelbagai penyakit seperti sakit perut, cirit-birit, perdarahan, sakit mata, selsema, gonorrhea, leprosy, demam typhoid, sakit tekak, jangkitan salur pernafasan, pelembab dan pencuci kulit.

Kulit pokok ini juga digunakan sebagai aphrodisiac.



Pokok Acacia seyal.





Pokok Acacia seyal adalah pokok rendah berdaun halus tumbuh 6-15 meter berduri sepanjang 7cm tumbuh ditanah pasir kering gurun Sahara. Mudah tumbuh walaupun dipotong.

Pokok ini banyak digunankan sebagai makanan binatang ternakan semasa musim kering. Daun, damar dan kulit pokok secara tradisi digunakan untuk rawatan perdarahan, selsema, cirit-birit, sakit perut, penyakit kuning, penyakit hati, syphilis, sakit kepala, aphrodisiac, sakit sendi, sakit mata, dan sebagai pelembab dan pencuci kulit melecur.

Pokok Acacia seyal tumbuh kebanyakannya di Sudan selain dari Senegal, Chad, Nigeria hingga ke Somalia. Kualiti Gum Arabic terbaik hanya terdapat dari Sudan.

Damar/getah dari pokok Acacia seyal juga dipanggil Gum Arabic atau Talha.